Thursday, 22 December 2016

All You Can Eat - Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan @ SHAH ALAM

Transformasi Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan dengan Konsep 2 dalam 1 (Steamboat + Grill)
Konsep - Buffet (All you can eat) 2 dalam 1 iaitu stimbot + grill. Sejarah Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan pada asalnya menyediakan masakan secara stimbot. Pengunjung diberi 2 pilihan sup iaitu ayam atau tomyam sebagai kuah rebusan untuk mereka nikmati bersama-sama aneka makanan laut yang segar. 


Pilihan yang tersedia tentunya udang besar, ketam, kupang, kepah, kerang, sotong, isi ikan, bamboo lala dan banyak lagi. Pelbagai bebola, sayur-sayuran, aneka mee dan juga fucuk turut disediakan untuk pilihan pelanggan. Terdapat juga pelbagai pilihan sos yang dibuat sendiri oleh Chef seperti Sos Cili Pedas, Sos Cili Thai, Sos Manis, Sos Bawang Putih, Sos Lada Hitam, Sos Yong Tau Foo dan macam-macam lagi. Kambing Panggang juga turut disediakan dan menjadi pilihan serta sambutan pelanggan-pelanggan yang berkunjung. 


Daging kambing ini dipanggang menggunakan arang BBQ yang mampu membangkitkan lagi aroma dan rasa kambing panggang tersebut. Dihidangkan bersama sos lada hitam dan sos cendawan resepi yang disediakan khas oleh Chef bagi menambahkan lagi kelazatan kambing panggang tersebut. Kemudian Chef Shahnizam iaitu seorang Chef yang berpengalaman lebih 25 tahun didalam bidang kulinari telah membuat pembaharuan dengan menu grill perapan istimewa ayam / daging, udang, sosej, ketam, ikan dan sotong. 


Jenis-jenis perapan yang digunakan adalah campuran daripada Cili Giling, Bawang Putih, Lada Hitam dan beberapa rempah-ratus herba yang lain bagi menaikkan lagi rasa dan bau perapan tersebut. Diantara menu grill yang disediakan adalah seperti Chicken Mozza, Chicken Castello, The Toretto Meat, Cappucino Meat, The Krusty Crab, Super Prawn, Squidward, Keli Yolanda, Dory Drive, Patin Annabel, Pari Perry dan macam-macam lagi. 


Chef Shahnizam yang arif tentang rasa makanan telah membuat pembaharuan dengan menggunakan masakan stail Cina dan India didalam bahan-bahan perapannya. Pengunjung boleh merasai sendiri kelainan perapan tersebut dengan bahan-bahan asli yang digunakan. Kesemua ini amat bersesuaian untuk dimasak menggunakan grill yang disediakan kerana aroma rempah ratus dan bahan-bahannya menjadi lebih harum dan memikat selera.


Beberapa menu yang menarik juga ditambah di dalam buffet seperti, hirisan ikan segar bersama sos Air Asam, Ikan Pari Assam Nyonya yang diperap didalam kertas aluminium, Kepak Ayam BBQ dan juga produk baru daripada Icy Moonster sebagai pencuci mulut. Dan semestinya pelbagai kuih-muih tempatan, puding, aneka kek, aiskrim yang memang menjadi kegemaran ramai dan tidak ketinggalan air batu campur turut disajikan. 


Info Tambahan - Harga Harga terbaru yang ditawarkan amat berpatutan iaitu hanya RM33.00 + bagi dewasa dan RM18.00 + bagi kanak-kanak yang berusia 5-11 tahun. Bermulanya pada April 2016, setiap hari Ahad, restoran ini membuat Sunday Family Day bermula pukul 11 pagi hingga 3 petang, harga yang dikenakan kepada pelanggan adalah RM22.90 + bagi dewasa dan RM9.90 + bagi kanak-kanak berusia 5-11 tahun. 


Info Tambahan - Restoran dan tempahan Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan menawarkan lebih 199 jenis hidangan bagi pengunjung setiap hari. Dengan ruang makan yang santai, restoran ini boleh menampung sehingga 400 orang dalam satu masa iaitu seramai 180 orang dibahagian penghawa dingin dan 220 orang di bahagian ruang terbuka. Terdapat juga kemudahan seperti surau perempuan dan lelaki yang selesa dan juga tempat letak kereta yang luas.

No 1, Sri Acappella Service Apartment, Jalan Lompat Tinggi 13/33, 
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor 

Tel : 03-55234979 / 012-2971091 / 017-5076274


No comments:

Post a Comment