Sunday, 19 November 2017

【FIESTA NBOS】 SAYANG MALAYSIA @ SMK Melintang Hutan, Bagan Datuk, Perak

To Know Malaysia Is To Love Malaysia

BAGAN DATUK Fiesta NBOS telah memasuki fasa kedua penganjurannya di mana kali ini ia bertemakan Sayang Malaysia sempena dengan Kempen Media Sosial #SayangMalaysia.FIESTA NBOS ini telah dianjurkan oleh Unit Strategi Nasional (NSU), Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) hari ini di SMK Hutan Melintang, Bagan Datuk, Perak.


FIESTA NBOS pada kali ini turut menyaksikan Pelancaran Produk – Produk NBOS di pentas utama seperti Pusat Transformasi Bergerak (Mobile CTC), Bahasa Inggeris 1Malaysia (BI1M), Coding@Schools (C@S), NBOS Rangkaian Strategik, Program Komuniti Agropreneur Muda, Visit My Kampung (VMK), 1Strategic Partner Community (1 SPC) dan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Hadir sama ialah YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak dan YBhg. Tan Sri Dr. Ali Bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara.


Kelainan penganjuran Fiesta NBOS pada kali ini ialah penerapan semangat Sayang Malaysia di mana MOTAC selaku peneraju kempen tersebut di bawah inisiatif NBOS Blue Ocean Tourism (BOT) telah menganjurkan pelbagai aktiviti menarik di Pavilion Sayang Malaysia dan Pavilion Citrarasa Sayang Malaysia bermula jam 9.00 pagi seperti:-

1) Pameran Pengalaman Homestay yang mengetengahkan konsep utama strategi perniagaan baru daripada 10 kluster homestay di Malaysia yang mempamerkan produk – produk tempatan dengan keunikannya yang tersendiri. Antaranya ialah Homestay Bagan Datuk, Homestay Maju Manik, Homestay FELCRA Seberang Perak, Homestay Felda Sungai Klah, Homestay Kg Beng dan Homestay Labu Kubong, Perak.

2) Pavilion Citrarasa Sayang Malaysia yang mengetengahkan makanan tradisi rakyat Perak seperti Rendang Tok Bagan Datuk, Bihun Madu Klah, Kuih Limas, Soto Bagan Datuk, Kuih Peneram Bukit Gantang, Rendang Itik dan Ketupat Palas, Bubur Anak Lebah, Telur Dadar Ikan Loma, Kebebe dan Jeli Kelapa di bawah seliaan Jabatan Warisan Negara (JWN)

3) Persembahan kesenian & kebudayaan daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)



4) Penganjuran permainan Jigsaw Puzzle #SayangMalaysia bagi dua kategori, iaitu dewasa dan kanak – kanak pada waktu happy hour (jam 11.00 pg - 12.00 tgh dan 1.00 ptg - 2.00 ptg) di bawah seliaan Unit Komunikasi Korporat, MOTAC

5) Kempen Kesedaran Penipuan Pakej Umrah di bawah seliaan Bahagian Pelesenan Pelancongan, MOTAC

6) Sesi temubual pengunjung Pavilion, pengusaha homestay serta pempamer bersama Matic.FM, Online TV, YouTube, Celebrity DJ di bawah seliaan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)

7) Pameran daripada 3 penggiat industri iaitu Perak Gaharu Tea Valley, Ghost Museum, Magic World di bawah seliaan Bahagian Pembangunan Industri, MOTAC



Selain itu, terdapat beberapa Aktiviti lain yang turut dilaksanakan seperti pertandingan memasak ala Master Chef, pertandingan sepak ratus, pameran vespa, pameran gasing dan pameran Doodle.

Pavilion Sayang Malaysia dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, yang telah sama melancarkan inisiatif NBOS #SayangMalaysia Peringkat Kebangsaan.



********************************************************************

For More Info Welcome To Visit :-